Rekaan yang menarik, nyaman dan sungguh selesa..
CEPAT SELAGI STOK MASIH ADA!!!
Pelbagai Corak Warna Yang menarik di sediakan :
a) Hijau
b) Biru
c) Gold
d) Silver
SAIZ YANG DITAWARKAN :
20 1/2 - 22 1/2
Bayi akan rasa lebih selesa . Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit. Tidak membahayakan kesihatan bayi. Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi. Cepat kering bila di cuci Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan. Mudah di pakai dan di ubah suai Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ? |
Daripada entry Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya, ni saya tunjukkan mcmana saya lipat insert (lebih kurang 1/3) supaya tebal di bhg depan, seperti ini...
Kalau Coolababy, elok2 bawah tulisan dia tu...
Then masukkan ke dalam poket pant seperti di bawah ini (bahagian yg berlipat di bwh).
Insert mestilah rapat sampai ke depan CD (pocket pant) dan dlm keadaan 'flat' terutama di bhg tgh CD (bhg elastik tu). Caranya anda boleh ratakan dgn tangan (masa nak keluarkan tangan dari pocket pant tu)...
Ermm... saya rasa anda patut kenal pasti (terlebih dahulu) anak anda byk basah di bhg mana. Mcm anak saya ni mmg basah di bhg depan aje. Jadi sebab tu la saya bg tebal di bhg depan. Insya-Allah tak bocor. Boleh tahan sampai 4 jam (kdg2 5 jam.. huhu). Utk mlm pun saya hanya gunakan 1 insert (lipat kat depan mcm tu jugak) dan boleh tahan 6-7 jam, kdg2 sampai 8 jam!!
Konsep lipat ni sama je mcm anda gunakan insert yg berbutang tu (bg sesetengah brand CD) utk sesuaikan dgn saiz CD yg paling kecil.
Kalau nak gunakan 2 insert pun boleh, lipat insert yg belah atas sahaja (yg bawah mcm biasa). Takpun takyah lipat (if CD anak mmg basah dari depan sampai ke belakang).
Utk anak anda yg pakai saiz L, saya rasa OK jer pakai 2 insert utk kegunaan biasa, tak bulky pun (sbb insert Coolababy ni takde la tebal sgt)...
Oh ya, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa CD mestilah dipakaikan dgn kemas dan betul2 fit dgn anak anda, mesti 'well-snug' di bhg pinggang dan pangkal paha supaya tidak mudah bocor (seperti gambar di bawah). Agak2 la, jgn ketat sgt... Selalunya bhg elastik CD tu taklah begitu kuat dan 'keras' sampai meninggalkan kesan merah pada paha baby...
NOTA: Anda sepatutnya menukar lampin anak anda 3-4 jam sekali, terutamanya lampin pakai buang (utk newborn 2-3 jam sekali). Namun begitu, lampin kain adalah LEBIH SELAMAT berbanding lampin pakai buang kerana tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap yg akan bertindak balas dgn urin anak anda (lalu menyebabkan gatal dan ruam)........ Tapi jgn la pulak sampai basah lenjun baru nak tukar.. huhu...
Kebanyakan masalah dalam berCD adalah CD bocor/ leaking... Tetapi sebenarnya kalau dipakai dengan betul CD tidak akan bocor. Percayalah!!! Ini kerana lapisan PUL (pada outer layer CD) adalah kalis air ~ sememangnya utk menghalang kebocoran.
Tapi tipu la kalau tak pernah sekali pun CD bocor tu (huhu)... dan kita sebenarnya belajar drp pengalaman. Practice makes perfect (kan?)...
Jadi kenapa CD bocor?????
CD bocor bermakna CD itu tidak dpt menyerap basahan dari baby (dgn sempurna), dan ini berlaku kerana.....
1. Pre-wash yg tidak cukup (3 kali) atau langsung tak pre-wash (ini kes tak sabar2 nak pakai la ni). Pre-wash itu penting utk melatih CD kita menyerap kebasahan. Lagipun CD baru keluar dari kilang (jadi kena bersihkan dari segala sisa pengilangan itu).
2. Kapasiti CD sudah penuh. Ini adalah sebab utama CD bocor kerana ia tidak dapat lagi menyerap dan menampung basahan dari baby. CD apapun akan bocor apabila sudah penuh!! Ini sudah tentu berlaku kerana CD dipakai terlalu lama ataupun baby jenis super-duper heavy wetter (huhu). Biasanya CD boleh dipakai 3-4 jam (bergantung pada keadaan), jadi CD perlu ditukar apabila tiba masanya. CD yg paling mahal di pasaran pun akan bocor kalau dipakai lebih drp masanya atau dgn cara yg tidak betul!!
3. Saiz CD tidak sesuai atau tidak betul2 fit dengan baby (longgar), juga kerana tidak 'well-snug' (rapatkan) di bahagian pangkal paha dan closure di bhg pinggang yg longgar.
4. Tidak pernah/ sudah lama sangat tak buat stripwashing. Apa itu stripwashing akan dijelaskan nanti...
5. Terdapat mendapan sabun pada CD (pada insert terutamanya). Ini mungkin kerana penggunaan sabun yg berlebihan atau CD tidak dibilas dgn bersih (masih ada sisa sabun), jadi mendapan sabun itu akan menghalang penyerapan yg maksimum. (Nota: 1. Sebab tu anda digalakkan basuh CD dgn mesin basuh (dgn air yg mencukupi dan terus spin). 2. Walaupun anda dah bilas bersih mcmana pun tp lama-kelamaan kena buat stripwashing jugak).
6. Sabun yang tidak sesuai, contohnya sabun yg terlalu berbuih/ berenzim/ berpelembut/ ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada CD dan insert.
7. CD juga mungkin bocor kerana kesan penggunaan nappy cream (krim utk ruam) yg disapu pada anak anda. Ini kerana krim itu mengandungi unsur minyak dan akan terkena lapisan inner CD, lalu menjadikannya kurang menyerap basahan/ kalis air.
8. Ini adalah kes terpencil tapi mungkin juga berlaku; lapisan PUL itu terkoyak/ berlubang/ kecacatan semasa proses pengilangan yg menyebabkan CD tembus. Kalau disebabkan cacat semasa pengilangan anda boleh minta ganti yg baru.... Kalau kerana kecuaian anda (terkena pisau/ gunting tu tak dapat la nak tolong)..........
Ataupun mungkin juga kerana CD anda itu sudah terlalu lama dan lapisan PULnya terkoyak/ rosak dgn sendiri. Oh ya, lapisan PUL juga akan rosak jika terkena air panas mendidih (so, beware!!).
Cara mengatasi CD bocor
Pertama sekali kenal pasti sebab CD anda bocor (drp kenapa CD bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................
1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.
2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz CD mengikut saiz baby). CD mesti betul2 fit dgn anak anda.
3. CD mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah CD tu pada paha baby.. huhu...
4. Tukar CD selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana CD tak bocor???)
5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.
6. Bilas CD sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).
7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila CD mula leaking.
8. Jika menggunakan pocket CD, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah CD).
9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada CD dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...
10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner CD dan menjadikannya kurang menyerap basahan.
11. Selain itu, anda juga boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika CD Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).
Cara lain utk mengatasi CD bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).
Mcm saya, anak saya mmg basah kat depan ajer (kalau bocor pun kat depan-pinggang), kat belakang selalu kering. Jadi saya lipat insert (1/3) lebihkan di bahagian depan. Maknanya insert tu tak sampai ke belakang la. Ini kerana ketika ini anak saya duk meniarap/ nak merangkak jadi mmg basahan akan ke depan..........
Sebagai info, utk bayi yg baru lahir (belum meniarap), bg bayi pempuan selalunya akan basah di bhg belakang dan bayi lelaki pula akan basah di bahagian depan (ni adalah 'formula' yg dah mmg mcm tu). Jadi anda pandai2 la mcmana nak handle situasi itu.........
Ada juga yg saya baca CD bocor mungkin kerana kesan softener yg ada dlm mesin basuh itu (if kita guna softener dalam mesin basuh utk basuhan sblm itu).......
Tips lain
Anda juga boleh gunakan 2 insert ataupun insert jenis hemp dan bamboo jika bayi mmg jenis heavy-wetter. Letakkan insert microfiber di bhg atas (kerana cepat menyerap) dan insert hemp/ bamboo di bawah (kerana dpt menyimpan byk basahan).
Jika anak anda mmg jenis heavy wetter, anda juga boleh cuba CD jenis fitted + diaper cover. Fitted CD mmg sesuai utk baby yg jenis heavy wetter (kot la mmg tak serasi dgn pocket diapers).
Nota:
Kesimpulannya, jika CD bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah CD)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn CD tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa CD bocor seperti di atas)...
Atau... apa pendapat anda??
Credit to : http://happy-clothdiapering.blogspot.com
Yer, jimat... Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?
Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...
Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...
Tambahan pula masa kini terdapat byk blog yg menyediakan skim kutu/ bayaran ansuran, semata-mata utk membantu anda yg mempunyai niat yg besar utk bertukar kepada cloth diapers!!
Sesungguhnya, ya, sesungguhnya sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat... Tp penggunaan lampin itu adalah amat kurang sesuai pada masa kini, kerana;
1. Sekali kencing dah basah/ mudah bocor, jadi kena selalu tukar.
2. Byk kerja, susah dan lambat (nak kena lipat2 segala, lepas pakai kain, kena pakai cover pulak)
3. Kena pin lampin itu (pakai pin)
4. Susah nak pakaikan pada baby yg tak duk diam (mcm anak saya ni)
5. Nak basuh pun agak susah/ tak sesuai basuh mesin (sbb nanti tak jadi bentuk 4 segi elok lagi)
6. Memerlukan ampaian yg luas utk menyidainya (kalau kat kampung senang la) ~ kalau CD moden ni boleh pakai penyangkut sepit2 tu jer...
7. Kesan 'stain' susah nak tanggal dekat lampin dan lampin juga cepat usang...
8. Kena lipat cantik2 seblm disimpan (bila angkat dari jemuran) ~ CD moden tak perlukan kerja melipat.
9. Amat tak sesuai kalau nak hantar anak ke nursery/ pengasuh. Kalau pakai CD boleh aje skg ni...
10. Juga amat tak sesuai kalau nak travel/ balik kampung. Jika CD moden masih boleh dipertimbangkan utk pakai semasa outing/ travel/ balik kampung.
11. Kena pakai seluar (hehe) ~ CD moden takyah pakai seluar pun takpe, lagi cute!!
Dah, saya dah bagi 11 sebab tu....
Saya tidak 'menghina' lampin flat kerana saya dan adik2 saya juga membesar dgn lampin itu (huhu)... Sgt terharu mengingatkan pengorbanan mak dan ayah membasuh kain lampin kami adik-beradik (pernah serentak 2 org berlampin.. sila bayangkan byk mana kena basuh... huhu)... Masa tu 'pampers' begitu mahal n pakai time berjalan saja... Malam pun pakai lampin kain (kena tukar 2, 3 kali sepanjang mlm, apalagi kalau jenis heavy wetter tu)......
Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drp lampin pakai buang!!!
Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.
Jadi... anda perlukan lebih banyak DD dalam sehari. Mungkin 7-8 atau hingga 10 keping sehari. Katakan harga DD yg paling murah di pasaran adalah 30 sen satu. Cubalah kira, berapa yg anda perlu belanjakan dari bayi anda yg baru lahir hingga berusia 3 tahun............ Kira, jgn tak kira...
Oh ya, jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan letrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.
Penggunaan air dan letrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...
Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi?? (huhu, kempen jgn tak kempen)...
7.oo-10.oo pg~1cd poket+1 insert
10.oo-1.oo ptg~1cd poket+1 insert
1.oo-4.oo ptg~1cd poket+1 insert
4.oo-7.oo mlm~1cd poket+1 insert
7.oo-12 t/mlm~1cd poket+2 insert
12.oo-7.oo pg~1cd poket+2 insert
Jumlah penggunaan dlm sehari 6 cd + 8 insert
Babyland (Colour) | Babyland (Printed) |
1pc–5pc :RM27/pc 6pc-10pc :RM25/pc 11pc-19pc :RM23/pc | 1pc–5pc :RM29/pc 6pc-10pc :RM27/pc 11pc-19pc :RM25/pc |
Striking Colour | Printed Design |
Green Blue Purple Pink Orange Red Yellow | Yellow Spongebob Blue Monkey Black Swirl Pink Swirl |