Mari Kita menjana Bersama-sama

Anspeks
Article

" Tahukah anda bahawa
ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?


Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada ibu-ibu yang di hormati,

Lampin pakai buang atau orang panggil 'pampers' adalah satu kemestian bagi semua ibu yang mempunyai anak kecil. Bukan saja ia memudahkan kita menguruskan anak dengan lebih cepat malah murah pula di pasaran!
Bagaimanapun di sebalik keistimewaan lampin pakai buang ini, tersembunyi banyak keburukan yang tidak di sedari oleh ramai ibu-ibu. Atau mungkin di sebabkan anda tak punya pilihan lain maka lampin pakai buang menjadi pilihan ibu-ibu yang sibuk.

Kenapa saya berkata begitu? Jika anda perhatikan, masalah yang sering menimpa kanak-kanak yang masih belum pandai menguruskan diri ialah ruam dan kesan melecet di sekitar kawasan punggung dan kelengkang.

Banyak kes, apabila ruam ini bertambah teruk, kulit bertukar menjadi merah dan sangat pedih apabila terkena air sewaktu di siram.

" Bayangkan apa perasaan anda bila bayi anda menangis kesakitan sewaktu anda perlu membersih dan menukar lampin mereka"

Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.

Nak tau kenapa ? Biar saya terangkan satu -persatu supaya anda boleh lihat sendiri .

Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :
  • Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi . Dioxin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa ( bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!
  • Menambah masalah kerengsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitif bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.
  • Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.
  • Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
Ya, lampin pakai buang memang membahayakan kesihatan bayi anda ! Mahukah anda melihat buah hati kesayangan anda terpaksa menempuh kesukaran demi kesukaran akibat dari kecuaian anda sendiri?

Apa dia Cloth Diaper?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
Apa keistimewaannya?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?

Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!
Bukan itu saja, malah saya dapati......
Ia amat menjimatkan wang anda !
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 3 ahun. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira

2 x 30 x 12 = 720 hari @ 3 x 12 x 30 =1080 hari


Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.50 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi;

720 x 0.50 x 5 = RM 1800 @ 1080 x 0.50 x 5 = RM 4500

Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya
RM 30.00 - RM 45.00 jadi katakanlah seorang bayi memakai 5 helai lampin pakai buang sehari jadi
RM 30.00 x 20 helai (andaikan sehari pakai dan dibasuh keesokannya) = RM 600.00 seumur hidup bayi (dan boleh dipakai untuk adiknya)
RM 40.00 x 20 helai = RM 800.00

JADI ANDA JIMAT:
RM1200.00 HINGGA RM 3700.00 !!!

Apa agaknya yang dapat anda beli dengan wang sebanyak itu?
Rekaan yang sungguh unik dan moden !
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
Warna -warna yang memikat !
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.



Pakej Pengenalan BABY Land Cloth Diaper (CD)



Material

outside layer: Waterproof PUL fabric,

inner layer: Microfleece,

Insert : 3-layered Microfiber Cloth with high absorbency

All in One Size: Can be adjustable with snap buttons. S.M.L. One size fit all. Can be used from newborn until 13kgs as at potty training age

Available in Plain Colour and Printed Colour.



Pakej A (RM 55.00)

1 Babyland (Colour)
1 Babyland (Printed)

Pakej B (RM 80.00)

2 Babyland (Colour)
1 Babyland (Printed)

Pakej C (RM 103.00)

2 Babyland (Colour)
2 Babyland (Printed)

Pakej D (RM 152.00)

4 Babyland (Colour)
2 Babyland (Printed)









Anspeks

Daripada entry Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya, ni saya tunjukkan mcmana saya lipat insert (lebih kurang 1/3) supaya tebal di bhg depan, seperti ini...

Kalau Coolababy, elok2 bawah tulisan dia tu...

Then masukkan ke dalam poket pant seperti di bawah ini (bahagian yg berlipat di bwh).



Insert mestilah rapat sampai ke depan CD (pocket pant) dan dlm keadaan 'flat' terutama di bhg tgh CD (bhg elastik tu). Caranya anda boleh ratakan dgn tangan (masa nak keluarkan tangan dari pocket pant tu)...

Ermm... saya rasa anda patut kenal pasti (terlebih dahulu) anak anda byk basah di bhg mana. Mcm anak saya ni mmg basah di bhg depan aje. Jadi sebab tu la saya bg tebal di bhg depan. Insya-Allah tak bocor. Boleh tahan sampai 4 jam (kdg2 5 jam.. huhu). Utk mlm pun saya hanya gunakan 1 insert (lipat kat depan mcm tu jugak) dan boleh tahan 6-7 jam, kdg2 sampai 8 jam!!

Konsep lipat ni sama je mcm anda gunakan insert yg berbutang tu (bg sesetengah brand CD) utk sesuaikan dgn saiz CD yg paling kecil.

Kalau nak gunakan 2 insert pun boleh, lipat insert yg belah atas sahaja (yg bawah mcm biasa). Takpun takyah lipat (if CD anak mmg basah dari depan sampai ke belakang).

Utk anak anda yg pakai saiz L, saya rasa OK jer pakai 2 insert utk kegunaan biasa, tak bulky pun (sbb insert Coolababy ni takde la tebal sgt)...

Oh ya, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa CD mestilah dipakaikan dgn kemas dan betul2 fit dgn anak anda, mesti 'well-snug' di bhg pinggang dan pangkal paha supaya tidak mudah bocor (seperti gambar di bawah). Agak2 la, jgn ketat sgt... Selalunya bhg elastik CD tu taklah begitu kuat dan 'keras' sampai meninggalkan kesan merah pada paha baby...



NOTA: Anda sepatutnya menukar lampin anak anda 3-4 jam sekali, terutamanya lampin pakai buang (utk newborn 2-3 jam sekali). Namun begitu, lampin kain adalah LEBIH SELAMAT berbanding lampin pakai buang kerana tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap yg akan bertindak balas dgn urin anak anda (lalu menyebabkan gatal dan ruam)........ Tapi jgn la pulak sampai basah lenjun baru nak tukar.. huhu...



Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya

Kebanyakan masalah dalam berCD adalah CD bocor/ leaking... Tetapi sebenarnya kalau dipakai dengan betul CD tidak akan bocor. Percayalah!!! Ini kerana lapisan PUL (pada outer layer CD) adalah kalis air ~ sememangnya utk menghalang kebocoran.

Tapi tipu la kalau tak pernah sekali pun CD bocor tu (huhu)... dan kita sebenarnya belajar drp pengalaman. Practice makes perfect (kan?)...

Jadi kenapa CD bocor?????

CD bocor bermakna CD itu tidak dpt menyerap basahan dari baby (dgn sempurna), dan ini berlaku kerana.....

1. Pre-wash yg tidak cukup (3 kali) atau langsung tak pre-wash (ini kes tak sabar2 nak pakai la ni). Pre-wash itu penting utk melatih CD kita menyerap kebasahan. Lagipun CD baru keluar dari kilang (jadi kena bersihkan dari segala sisa pengilangan itu).

2. Kapasiti CD sudah penuh. Ini adalah sebab utama CD bocor kerana ia tidak dapat lagi menyerap dan menampung basahan dari baby. CD apapun akan bocor apabila sudah penuh!! Ini sudah tentu berlaku kerana CD dipakai terlalu lama ataupun baby jenis super-duper heavy wetter (huhu). Biasanya CD boleh dipakai 3-4 jam (bergantung pada keadaan), jadi CD perlu ditukar apabila tiba masanya. CD yg paling mahal di pasaran pun akan bocor kalau dipakai lebih drp masanya atau dgn cara yg tidak betul!!

3. Saiz CD tidak sesuai atau tidak betul2 fit dengan baby (longgar), juga kerana tidak 'well-snug' (rapatkan) di bahagian pangkal paha dan closure di bhg pinggang yg longgar.

4. Tidak pernah/ sudah lama sangat tak buat stripwashing. Apa itu stripwashing akan dijelaskan nanti...

5. Terdapat mendapan sabun pada CD (pada insert terutamanya). Ini mungkin kerana penggunaan sabun yg berlebihan atau CD tidak dibilas dgn bersih (masih ada sisa sabun), jadi mendapan sabun itu akan menghalang penyerapan yg maksimum. (Nota: 1. Sebab tu anda digalakkan basuh CD dgn mesin basuh (dgn air yg mencukupi dan terus spin). 2. Walaupun anda dah bilas bersih mcmana pun tp lama-kelamaan kena buat stripwashing jugak).

6. Sabun yang tidak sesuai, contohnya sabun yg terlalu berbuih/ berenzim/ berpelembut/ ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada CD dan insert.

7. CD juga mungkin bocor kerana kesan penggunaan nappy cream (krim utk ruam) yg disapu pada anak anda. Ini kerana krim itu mengandungi unsur minyak dan akan terkena lapisan inner CD, lalu menjadikannya kurang menyerap basahan/ kalis air.

8. Ini adalah kes terpencil tapi mungkin juga berlaku; lapisan PUL itu terkoyak/ berlubang/ kecacatan semasa proses pengilangan yg menyebabkan CD tembus. Kalau disebabkan cacat semasa pengilangan anda boleh minta ganti yg baru.... Kalau kerana kecuaian anda (terkena pisau/ gunting tu tak dapat la nak tolong)..........

Ataupun mungkin juga kerana CD anda itu sudah terlalu lama dan lapisan PULnya terkoyak/ rosak dgn sendiri. Oh ya, lapisan PUL juga akan rosak jika terkena air panas mendidih (so, beware!!).

Cara mengatasi CD bocor

Pertama sekali kenal pasti sebab CD anda bocor (drp kenapa CD bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................

1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.

2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz CD mengikut saiz baby). CD mesti betul2 fit dgn anak anda.

3. CD mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah CD tu pada paha baby.. huhu...

4. Tukar CD selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana CD tak bocor???)

5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.

6. Bilas CD sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).

7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila CD mula leaking.

8. Jika menggunakan pocket CD, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah CD).

9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada CD dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...

10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner CD dan menjadikannya kurang menyerap basahan.

11. Selain itu, anda juga boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika CD Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).

Cara lain utk mengatasi CD bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).

Mcm saya, anak saya mmg basah kat depan ajer (kalau bocor pun kat depan-pinggang), kat belakang selalu kering. Jadi saya lipat insert (1/3) lebihkan di bahagian depan. Maknanya insert tu tak sampai ke belakang la. Ini kerana ketika ini anak saya duk meniarap/ nak merangkak jadi mmg basahan akan ke depan..........

Sebagai info, utk bayi yg baru lahir (belum meniarap), bg bayi pempuan selalunya akan basah di bhg belakang dan bayi lelaki pula akan basah di bahagian depan (ni adalah 'formula' yg dah mmg mcm tu). Jadi anda pandai2 la mcmana nak handle situasi itu.........

Ada juga yg saya baca CD bocor mungkin kerana kesan softener yg ada dlm mesin basuh itu (if kita guna softener dalam mesin basuh utk basuhan sblm itu).......

Tips lain

Anda juga boleh gunakan 2 insert ataupun insert jenis hemp dan bamboo jika bayi mmg jenis heavy-wetter. Letakkan insert microfiber di bhg atas (kerana cepat menyerap) dan insert hemp/ bamboo di bawah (kerana dpt menyimpan byk basahan).

Jika anak anda mmg jenis heavy wetter, anda juga boleh cuba CD jenis fitted + diaper cover. Fitted CD mmg sesuai utk baby yg jenis heavy wetter (kot la mmg tak serasi dgn pocket diapers).

Nota:

Kesimpulannya, jika CD bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah CD)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn CD tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa CD bocor seperti di atas)...

Atau... apa pendapat anda??


Credit to : http://happy-clothdiapering.blogspot.com

Anspeks
BaGaimana Untuk MEnjaga Cloth Diaper (CD) agar KeKal Lama


Sebelum memakai CD (Pre-wash)

Sebaik sahaja mendapat CD, sila basuh CD (semua item) sebanyak 3x. (Basuh - kering - Basuh - Kering - basuh - kering). Ini adalah untuk mengajar CD dan menyerap dan membasuh kotoran yg mungkin melekat semasa proses pembuatan. Seelok - eloknya guna air suam untuk mencairkan wax / lilin yang digunakan semasa pembuatan CD. Lebih banyak kali anda basuh, lebih baik serapan CD anda. Jiika annda mengabaikan proses ini, CD anda akan mudah bocor (leaking).

Peringatan : Jangan gunakan sabun yang banyak. Hanya gunakan 1/4 sudu sabun dalam kuantiti air yang banyak. Seelok - eloknya gunakan sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih. Ini untuk mengelakkan sabun tersekat di dlaam CD dan menyebabkan CD kurang daya serapan dan kulit boom - boom anak anda melepuh / meruam.

Setelah CD dipakai

Untuk membasuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (memberus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti akan merosakkan material CD dan juga akan menurangkan prestasi CD) atau dimasukkan ke dalam mesin basuhseperti biasa.

Jika bayi and poo -poo, bulang poo -poo die kedlm lubang jmban, then you pancutkan air deras ke atas CD / biarkan air mengalir keatas kesan kuning poo -poo td. Pastu sental dengan tangan or masukkan dalam mesin basuh.

Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitan / butang (snap / velcro) agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).

Peringatan : Gunakan sabun yang sikit. Elakkan mengguna Softland atau sebarang pelembut atau pewangi. Ini kerana minyak/lemak dalam pewangi tersebut akan terperangkap dalam CD dan akan mengurangkan keupayaan CD menyerap.Anda juga boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Kalo CD dah berbau sgt2, sila bawa CD jumpa Sang Mentari. Insyaallah bau / warna akan hilang. If nak wangi sangat, gunela Dettol setitik dua. Pengalaman saya, lepas anak Poo Poo, saya basuh dengan air shj (kes malas nak ambil sabun). Sbb sy full BF, warna kuning tu agak degil untuk hilang. Jadi saya jemur menghadap matahari. Magicnya warna tu hilang apabila CD kering walaupun saya xmenggunakan sabun.

Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi / bakul baju kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari. Better biar kering dr rendam. Sebab if rendam, bakteria akan membiak dlm air. Lg 1, bile dah berendam, of course dia kan ade bau skit. If basuh guna mesin basuh, xpayah jemur matahari pon bole kering. If basuh tangan ni, kene kasi berangin ler skit sbb still ade air dlm insert tu. Cover die mmg confirm kering punyer....

Credit to : http://happy-clothdiapering.blogspot.com
Anspeks
Haa yg ni pakej terbaru yang diperkenalkan untuk (CD) MENARIKKAN..


Sunny Baby Minkey Cloth Diaper


Pakej pengenalan Sunny Baby Minkey (Velcro / Snap Button) hanya dengan harga RM 33/pcs sahaja. Beli 2pcs dengan harga RM65.

Terdapat 8 pattern untuk Sunny Baby Mickey Snap Button iaitu:

1. Tiger
2. Leapord
3. Moo
4. Wheat
5. Pulkadot White
6. Pulkadot Blue
7. Love Red
8. Love Pink

Terdapat 7 pattern untuk Sunny Baby Mickey Velcro iaitu:

1. Tiger
2. Leapord
3. Moo
4. Wheat
5. Pulkadot White
6. Pulkadot Blue
7. Love Pink


UNTUK MAKLUMAN

Harga minimum untuk Sunny Baby Minkey (Velcro / Snap Button) adalah RM 33 (pembelian 1pcs). Harga yang ditawarkan adalah harga minimum oleh pihak pembekal Sunny Baby Minkey. Ini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan economic. Anda boleh dapatkan harga yang lebih murah dengan pembelian sperti dibawah :

Pakej Sunny A : 4 pcs (RM 128) maknanya (RM 32/pcs)
Pakej Sunny B : 6 pcs (RM 189) maknanya (RM31.50/pcs)
Pakej Sunny C : 8 pcs (RM 248) maknanya (RM31/pcs)
Pakej Sunny D : 10 pcs (RM 300) maknanya (RM30/pcs)

P/S: Boleh mixup Snap Button & Velcro


Cepat!! Cepat!! Jom bergaya dgn Minky CD... (mcm kita lak yg bergaya.. huhu..)

One size pocket diaper with 2 inserts... Dgn 9 corak pilihan...

Anspeks

Yer, jimat... Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?

Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...

Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...

Tambahan pula masa kini terdapat byk blog yg menyediakan skim kutu/ bayaran ansuran, semata-mata utk membantu anda yg mempunyai niat yg besar utk bertukar kepada cloth diapers!!

Sesungguhnya, ya, sesungguhnya sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat... Tp penggunaan lampin itu adalah amat kurang sesuai pada masa kini, kerana;

1. Sekali kencing dah basah/ mudah bocor, jadi kena selalu tukar.
2. Byk kerja, susah dan lambat (nak kena lipat2 segala, lepas pakai kain, kena pakai cover pulak)
3. Kena pin lampin itu (pakai pin)
4. Susah nak pakaikan pada baby yg tak duk diam (mcm anak saya ni)
5. Nak basuh pun agak susah/ tak sesuai basuh mesin (sbb nanti tak jadi bentuk 4 segi elok lagi)
6. Memerlukan ampaian yg luas utk menyidainya (kalau kat kampung senang la) ~ kalau CD moden ni boleh pakai penyangkut sepit2 tu jer...
7. Kesan 'stain' susah nak tanggal dekat lampin dan lampin juga cepat usang...

8. Kena lipat cantik2 seblm disimpan (bila angkat dari jemuran)
~ CD moden tak perlukan kerja melipat.
9. Amat tak sesuai kalau nak hantar anak ke nursery/ pengasuh. Kalau pakai CD boleh aje skg ni...
10. Juga amat tak sesuai kalau nak travel/ balik kampung. Jika CD moden masih boleh dipertimbangkan utk pakai semasa outing/ travel/ balik kampung.
11. Kena pakai seluar (hehe) ~ CD moden takyah pakai seluar pun takpe, lagi cute!!

Dah, saya dah bagi 11 sebab tu....

Saya tidak 'menghina' lampin flat kerana saya dan adik2 saya juga membesar dgn lampin itu (huhu)... Sgt terharu mengingatkan pengorbanan mak dan ayah membasuh kain lampin kami adik-beradik (pernah serentak 2 org berlampin.. sila bayangkan byk mana kena basuh... huhu)... Masa tu 'pampers' begitu mahal n pakai time berjalan saja... Malam pun pakai lampin kain (kena tukar 2, 3 kali sepanjang mlm, apalagi kalau jenis heavy wetter tu)......

Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drp lampin pakai buang!!!

Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.

Jadi... anda perlukan lebih banyak DD dalam sehari. Mungkin 7-8 atau hingga 10 keping sehari. Katakan harga DD yg paling murah di pasaran adalah 30 sen satu. Cubalah kira, berapa yg anda perlu belanjakan dari bayi anda yg baru lahir hingga berusia 3 tahun............ Kira, jgn tak kira...

Oh ya, jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan letrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.

Penggunaan air dan letrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi?? (huhu, kempen jgn tak kempen)...

Nota: Mungkin bagi sesetengah orang wang bukan masalah (utk beli DD paling mahal berpek-pek setiap bulan), tetapi fikirkanlah juga kesihatan bayi kita dan alam sekitar... Lagipun berjimat-cermat itu kan amalan yg mulia?!!


Credit to : http://happy-clothdiapering.blogspot.com
Anspeks


KeBuRuKkAn LaMpIN PaKaI BuAnG DD (Disposable Diaper)

Mempunyai Dioxin:
Dioxin L dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

Mengandungi sodium polyacrylate:
Berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Inilah yang menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

Mengandungi tributyl tin (TBT):
Iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

Tidak Sihat:
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Pencemaran:
Merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi penghasilannya termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.


  • Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
  • Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  • Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
  • Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
  • Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.
Ruam Lampin:
Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.


Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.



TANGGAPAN SALAH TENTANG CLOTH DIAPER



MAHAL : cuba and perhatikan table dibelakang. Anda akan nampak perbezaannya.


LECEH : jika anda beli jenis SNAP, saya xnampak bezanya dengan DD.


SUSAH NAK BASUH : Cume bilas dengan air untuk hilangkan pee @ poo-poo, kemudian masukkan washing machine atau sental/ gosok menggunakan tangan.


BOCOR : Jika CD dipakai dengan betul. Mesti xbocor. Mesti ade sebab CD bocor. Bole tengok dlm blog kenapa CD bocor.


BULKY : Xder la besar sgt. Sbb Insert pon bukan tebal mane.


BERBAU. Kalo bilas/ basuh bersih-bersih, emsti xada bau.


KOTOR : DD pon kotor jugakkan.. Siap memnuhkan tong sampah lg.


KESAN KUNING NAJIS : Fleece pada inner layer memang di reka untuk mudah menanggalkan najis. Jadi bile sudah dijemur MATAHARI, kesan kuning akan hilang.


TIMING : Tiada beza dengan DD. If baby awak heavy wetter, mmang kne tukar cepat. Same goes with DD.


XMENARIK : Cd ini didatangkan 2 jenis. Plain dan Printed. Plain terdiri drpd pelbagai warna terang dan lembut. Printed pula pelbagai corak. Yang lebih menarik jenis Minky kerana kainnya lembut seperti baldu.


MEMBAZIR AIR DAN SABUN : Memang DD pakai buang, xperlu basuh. Tetapi untuk membasuh CD, syarat wajib adalah air banyak dan sabun sedikit. Sabun yang diguna seelok-eloknya sabun yang murah. Kosnya pasti tidak melebihi kos membeli DD sepanjang tahun.


Borang Pesanan

Name :
Email Address:
Phone Number
Delivery Address :
Order : Babyland Plain
Babyland Printed
Sunny Mickey Velcro
Sunny Mickey Button
Quantity
Please State Your Order (Exe. Sunny Baby Minkey = Tiger & Babyland Printed = Spongebob)
Payment Type (Mohd Burhan Zakaria @ Ahmad) :
Type of Deliver : Home Delivery
Self Collect
T&C : I agree with the Term & Conditions apply to Cloth Diaper (CD) Lampin Istimewa

This form powered by Freedback

Comment and Suggestion

Name :
Email Address:
Comment & Suggestion :

This form powered by Freedback