Mari Kita menjana Bersama-sama

Anspeks

Yer, jimat... Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?

Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...

Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...

Tambahan pula masa kini terdapat byk blog yg menyediakan skim kutu/ bayaran ansuran, semata-mata utk membantu anda yg mempunyai niat yg besar utk bertukar kepada cloth diapers!!

Sesungguhnya, ya, sesungguhnya sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat... Tp penggunaan lampin itu adalah amat kurang sesuai pada masa kini, kerana;

1. Sekali kencing dah basah/ mudah bocor, jadi kena selalu tukar.
2. Byk kerja, susah dan lambat (nak kena lipat2 segala, lepas pakai kain, kena pakai cover pulak)
3. Kena pin lampin itu (pakai pin)
4. Susah nak pakaikan pada baby yg tak duk diam (mcm anak saya ni)
5. Nak basuh pun agak susah/ tak sesuai basuh mesin (sbb nanti tak jadi bentuk 4 segi elok lagi)
6. Memerlukan ampaian yg luas utk menyidainya (kalau kat kampung senang la) ~ kalau CD moden ni boleh pakai penyangkut sepit2 tu jer...
7. Kesan 'stain' susah nak tanggal dekat lampin dan lampin juga cepat usang...

8. Kena lipat cantik2 seblm disimpan (bila angkat dari jemuran)
~ CD moden tak perlukan kerja melipat.
9. Amat tak sesuai kalau nak hantar anak ke nursery/ pengasuh. Kalau pakai CD boleh aje skg ni...
10. Juga amat tak sesuai kalau nak travel/ balik kampung. Jika CD moden masih boleh dipertimbangkan utk pakai semasa outing/ travel/ balik kampung.
11. Kena pakai seluar (hehe) ~ CD moden takyah pakai seluar pun takpe, lagi cute!!

Dah, saya dah bagi 11 sebab tu....

Saya tidak 'menghina' lampin flat kerana saya dan adik2 saya juga membesar dgn lampin itu (huhu)... Sgt terharu mengingatkan pengorbanan mak dan ayah membasuh kain lampin kami adik-beradik (pernah serentak 2 org berlampin.. sila bayangkan byk mana kena basuh... huhu)... Masa tu 'pampers' begitu mahal n pakai time berjalan saja... Malam pun pakai lampin kain (kena tukar 2, 3 kali sepanjang mlm, apalagi kalau jenis heavy wetter tu)......

Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drp lampin pakai buang!!!

Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.

Jadi... anda perlukan lebih banyak DD dalam sehari. Mungkin 7-8 atau hingga 10 keping sehari. Katakan harga DD yg paling murah di pasaran adalah 30 sen satu. Cubalah kira, berapa yg anda perlu belanjakan dari bayi anda yg baru lahir hingga berusia 3 tahun............ Kira, jgn tak kira...

Oh ya, jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan letrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.

Penggunaan air dan letrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi?? (huhu, kempen jgn tak kempen)...

Nota: Mungkin bagi sesetengah orang wang bukan masalah (utk beli DD paling mahal berpek-pek setiap bulan), tetapi fikirkanlah juga kesihatan bayi kita dan alam sekitar... Lagipun berjimat-cermat itu kan amalan yg mulia?!!


Credit to : http://happy-clothdiapering.blogspot.com
0 Responses

Post a Comment

Borang Pesanan

Name :
Email Address:
Phone Number
Delivery Address :
Order : Babyland Plain
Babyland Printed
Sunny Mickey Velcro
Sunny Mickey Button
Quantity
Please State Your Order (Exe. Sunny Baby Minkey = Tiger & Babyland Printed = Spongebob)
Payment Type (Mohd Burhan Zakaria @ Ahmad) :
Type of Deliver : Home Delivery
Self Collect
T&C : I agree with the Term & Conditions apply to Cloth Diaper (CD) Lampin Istimewa

This form powered by Freedback

Comment and Suggestion

Name :
Email Address:
Comment & Suggestion :

This form powered by Freedback